Screenshot Lebih Stail Dengan Bingkai Menggunakan Aplikasi Shortcuts


Pada yang masih belum tahu, selain tangkap layar seperti biasa, anda juga boleh menambah bingkai peranti iPhone pada tangkap layar yang bertujuan menjadikannya lebih menarik. Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk menghasilkan tangkap layar dengan bingkai peranti hanya menggunakan aplikasi Shortcuts.



Terlebih dahulu, anda perlu ke bahagian Setting > Shortcuts dan tandakan Allow Untrusted Shortcuts.



Seterusnya, tekan pada pautan ini melalui iPhone anda. Kemudian tatal ke bawah dan tekan pada Add Untrusted Shortcut.



Untuk menghasilkan tangkap layar dengan bingkai, di bahagian My Shortcuts, tekan Screenshot Frame dan benarkan akses pada peranti iPhone anda. Seterusnya, pilih tangkap layar atau gambar yang dimahukan.

shortcut frame iphone

Setelah itu, simpanan tangkap layar dengan bingkai tersebut boleh dilakukan melalui butang Share di bahagian atas dan tekan pada Save Image.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.