"Saya Janji, Bateri Peranti Ini Tidak Akan Meletup" - CEO Samsung

Pada 9 Ogos lalu, Samsung Galaxy Note 9 telah diperkenalkan secara rasmi buat kali pertama di New York. Beberapa fungsi menarik telah didedahkan dan antaranya ialah kapasiti bateri yang terbesar pernah digunakan pada siri Galaxy Note.

Bagaimanapun, beberapa tragedi letupan yang melibatkan bateri Galaxy Note 7 telah memberi kesan yang sangat buruk kepada siri ini. Malah, peranti tersebut telah pun diharamkan daripada menaiki pesawat udara.

Kredit : KWCH


Maka, keselamatan bateri pada Galaxy Note 9 yang baru dilancarkan ini menjadi persoalan memandang ia hadir dengan kapasiti 4,000 mAh berbanding 3,500 mAh yang digunapakai pada Note 7. Untuk rekod, Note 8 pula dijana dengan bateri berkapasiti 3,300 mAh.

Mendengar keluhan orang ramai itu, Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Samsung, Koh Dong-jin telah memberi jaminan bahawa bateri Galaxy Note 9 ini selamat digunakan dan tidak akan meletup sama sekali.

Kredit : Business Insider


Malah, Dong-Jin mendakwa bahawa bateri peranti tersebut memiliki ciri keselamatan terbaik berbanding peranti keluaran mereka sebelum ini. Pengguna telah diberi jaminan bahawa Samsung telah mengambil iktibar daripada apa yang terjadi pada Galaxy Note 7 sebelum ini.

Dengan janji yang dikeluarkan ini, maka anda yang berminat tidak perlu lagi rasa risau untuk menjadi salah seorang daripada pemilik Samsung Galaxy Note 9 selepas ini.

 

Sumber