Satu Lagi Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Dual Dengan Skrin Bezel-less; Tetapi Penting Ke

Samsung, LG, Apple, Xiaomi dan Essential telah melakukannya dan mungkin selepas ini Google dan Huawei akan turut serta dalam trend rekaan skrin bezel-less dengan kamera dual.

Gionee, salah satu nama yang agak terkenal di China yang sebelum ini pernah mengeluarkan peranti telefon pintar yang mempunyai 2 kamera hadapan dan 2 kamera belakang, telah disahkan akan mengeluarkan peranti telefon pintar utama mereka di China pada 25 September. Jemputan media yang dikeluarkan jelas menunjukkan yang peranti, M7 menunjukkan rekaan paparan hadapan yang bezel-less dan kamera dual di belakang peranti.

Imej tertiris di bawah pula tidak lagi disahkan namun mungkin ini adalah peranti utama yang bakal dikeluarkan nanti. Peranti ini bakal menggunakan kemasan logam.



Setakat ini sahaja maklumat yang dapat diberikan memandangkan peranti ini belum tentu lagi sampai secara rasmi ke pasaran Malaysia namun jenama-jenama China semakin agresif menghampiri jenama-jenama terkenal dalam kategori peranti telefon pintar.

Sumber