Satu Lagi Telefon Bawah Seribu Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Jika korang masih tercari-cari telefon pintar terbaru yang cukup berkuasa, kaya dengan pelbagai ciri menarik dan memiliki rekaan premium tetapi harga marhaen, vivo Y33s semestinya patut berada dalam radar korang.

Ini kerana, apa yang korang nak tu semua ada ditawarkan dalam vivo Y33s.

Super Premium


Sekali pandang pada vivo Y33s sudah cukup membuatkan korang teruja sebab rekaan luarannya cukup premium dan berkualiti.

Rekaan nipis dan ringan membuatkan ia cukup selesa dipegang dan cukup bergaya dengan rekaan kamera belakangnya yang moden.



Hadir dalam warna Mirror Black dan Midday Dream membuatkan korang kelihatan elegen dan berkarakter dengan penuh yakin.

Cukup Berprestasi


Melihat ke dalamnya pula, vivo Y33s dilengkapi dengan kuasa yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G80, RAM 8GB, storan 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecas pantas 18W.

Menjadikan lebih menarik, vivo Y33s turut menyokong ciri tambahan RAM sehingga 4GB.



Jadi, kalau korang nak bermain permainan online tu memang takde hal. Smooth dan lancar je. Takde lah istilah terhegeh-hegeh tu.Tambahan pula dengan paparan FHD+ incell bersaiz 6.58 inci, melihat skrin sambil bermain di vivo Y33s memang puas hati.

Kamera berkuasa


vivo Y33s bukan setakat peranti berprestasi dan untuk korang bergaya, tetapi juga sebuah peranti yang dilengkapi dengan kamera berkuasa di mana ia dimuatkan dengan kamera utama 50MP, 2MP kamera makro dan 2MP kamera bokeh.



Kapsyen: vivo Y33s turut dilengkapi dengan kamera swafoto16MP.

Kamera vivo Y33s kaya dengan pelbagi ciri menarik seperti ciri super night mode dan ciri rakaman video anti gegaran dengan adanya EIS Ultra Stable Video.

Jadi, kepada korang yang minat dengan fotografi dan merakam video untuk dikongsikan di paltfom media sosial korang, vivo Y33s dapat menghasilkan imej dan video pada kualiti terbaik dan berkualiti tinggi.

Harga Marhaen


Mungkin korang beranggapan, vivo Y33s ni mahal harganya lebih daripada RM1,500.00. Ye lah lihat sahaja pada rekaan premium dan ditambah pula dengan perkakasannya yang cukup berkuasa pasti membuatkan korang beranggapan sebegitu.

Tetapi berita baiknya adalah vivo Y33s hanya berharga RM999.00 sahaja. Jadi, telefon pintar vivo ini memang cukup sesuai bagi korang yang mahukan sebuah telefon pintar mampu milik tapi lengkap dengan pelbagai ciri-ciri yang ada pada sebuah telefon pintar premium yang jauh lebih mahal harganya.

Berbaloi Dimiliki


Apa yang dapat disimpulkan adalah, kalau korang nak sebuah telefon pintar berharga kurang dari RM1000.00 yang dikira sebagai mampu dimiliki, cukup berkuasa yang dapat memenuhi keperluan aktiviti harian korang, kaya dengan pelbagai ciri menarik dan kelihatan premium, vivo Y33s adalah jawapan untuk korang.

Artikel ini dibawakan oleh vivo.