Satu Lagi Telco Bakal Muncul Hujung Bulan Ini

Penggunaan perkhidmatan mudah alih dalam negara dilihat semakin hari semakin meningkat dan sudah tentu, ia memerlukan pelbagai jenis servis bagi memenuhi kehendak pengguna.

Untuk pasaran dalam negara, kita boleh lihat beberapa nama besar hadir dengan penawaran menarik tetapi itu bukanlah penghalang kepada telco-telco lain untuk turut sama bersaing.

Dikatakan pada penghujung bulan ini, ada sebuah telco baru akan dilancarkan yang memberikan"pilihan bebas, fleksibiliti, dan kuasa pengguna".

Dikenali sebagai Yoodo, pelancarannya dikhabarkan akan berlangsung pada 30 Januari dan tidak pasti sama ada ia menawarkan pelan prabayar, pascabayar atau kedua-duanya sekali.

Untuk itu sama-sama kita nantikan maklumat lanjut pada minggu hadapan.

https://twitter.com/yoodoMY/status/954749310373019649

https://twitter.com/yoodoMY/status/953115211178872832

Sumber: Soyacincau