Ini adalah lanjutan daripada pelanggaran polisi pengiklanan melalui penggunaan plugin perisian iklan yang dipanggil BeiTaAd. Plugin tersebut dikatakan menghantar iklan secara agresif walaupun telefon pintar atau aplikasi tidak digunakan. Perkara ini disedari selepas kajian dilakukan oleh Lookout dimana ia menunjukkan beratus-ratus aplikasi CooTek disertakan dengan BeiTaAd.
CooTek menyatakan mereka akan membuang BeiTaAd daripada aplikasi tetapi Lookout kemudiannya menyedari banyak aplikasi pembangun tersebut dikemaskini pada platform Google PlayStore mengandungi kod berasingan yang mengaktifkan iklan yang sama.
Penemuan Lookout tersebut dibalas jurucakap CooTek sebagai tidak mempunyai bukti yang kukuh namun Google yakin mengenai perkara itu dengan mengambil tindakan tegas menyekat CooTek.
Sebelum ini, Google juga sudah mengambil pendekatan yang sama terhadap pembangun dari China dimana Do Global yang membangunkan aplikasi popular, ES Global, turut disekat pada Google PlayStore.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Google Doc Kini Paparkan Jumlah Perkataan Yang Ditaip
- Daftar Time Fibre Broadband, Ada Peluang Menang PlayStation 5
- Google Bakal Beri Saingan Kepada PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch
- Google Perkenal Platform Media Sosial Baru "Shoelace"
- PlayStation 5 Boleh Di Pra-Tempah Dari Shopee Tengah Malam Ini
- Huawei Mate 30 Akan Dilancarkan Tanpa Perisian Serta Perkhidmatan Google
- Google Mungkin Keluarkan Pixel Yang Lebih Murah, Pixel 3 Lite
- Walaupun Sekatan Ditarik Balik, Huawei Mungkin Tidak Lagi Guna Perkhidmatan Google
- Google Bakal Ganti Nexus Dengan Pixel
- Sebanyak 205 Aplikasi Bahaya Dikenalpasti Berada Di Play Store Pada Bulan Lalu