Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion 2 Pro Wide

Satu Kipas Tak Cukup, Lenovo Legion 2 Pro Ada Dua Kipas

Diterbitkan April 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Setelah sekian lama berteka-teki dengan pengganti telefon gaming dari Lenovo, akhirnya Legion 2 Pro rasmi untuk mencabar telefon gaming yang sudah ada di pasaran sekarang.

Bagi memberikan saingan hebat kepada pesaingnya, telefon ini tampil dengan spesfikasi berkuasa, sistem penyejukan yang baik, kapasiti bateri yang besar serta paparan dan kamera yang cantik.

Legion 2 Pro depan

Di dalam Legion 2 Pro, Snapdragon 888 menguasakannya dan sistem dwi-kipas turbo didatangkan dan lubang pengudaraan di belakang bagi memastikan ia kekal sejuk.

Skrinnya dilengkapi paparan AMOLED 144Hz berukuran 6.92 inci dengan kadar respon 720Hz, menyokong HDR10+ dan juga kecerahan sehingga 1300 nits.

Legion 2 Pro

Kapasiti bateri dimuatkan sebesar 5500mAh yang menyokong dwi-pengecasan pantas 90W. Selain itu, bagi memberikan pengalaman bermain lebih selesa, turut hadir dengan 4 butang ultrasonik dan 2 butang pada belakang panel.

Dari segi kamera, terletak lensa pada bahagian tengah belakang dimana 64MP utama dan 16MP ultra lebar. Sementara kamera pop naik untuk swafoto dilengkapi 44MP menggunakan sensor dari Samsung.

Lenovo Legion 2 Pro 2

Tambahan lagi, untuk menonjolkan lagi peranti ini sebagai sebuah telefon gaming, logo Legion pada bahagian hadir dengan pencahayaan RGB.

Lenovo Legion 2 Pro ditawarkan dengan 5 varian. Berikut adalah harga yang diletakkan:

  • 8GB+128GB – $565 (~RM2337)
  • 12GB+128GB – $626 (~RM2589)
  • 12GB+256GB – $672 (~RM2780)
  • 16GB+256GB – $809 (~RM3346)
  • 16GB+512GB – $916 (~RM3789)

Ia juga mempunyai dua pilihan warna, iaitu Ultimate Black dan Titanium White. Buat masa sekarang, ia hanya tersedia buat pasaran China dan Eropah sahaja.

Sumber: gizchina

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY