Berita

SanDisk Pertontonkan Pemacu USB-C Berkapasiti 1TB

Tahun demi tahun kita boleh melihat ruang storan digital dibangunkan dengan saiz yang kecil tetapi membawakan kapasiti simpanan yang besar.

SanDisk, syarikat yang tidak asing lagi bagi pasaran memori kini mempertontonkan sebuah pemacu bersaiz kecil yang mempunyai kapasiti sebesar 1TB.

Untuk prototaip ini, SanDisk melengkapkan ia dengan sambungan USB-C dan bukannya USB 3.0 seperti yang selalu kita lihat. Dengan sambungan USB-C, ia bermaksud pemacu itu dapat digunakan terus pada telefon pintar Android selain daripada komputer.

SanDisk bukanlah syarikat pertama yang menghasilkan pemacu dengan storan besar dimana tahun lalu, Data Traveler telah hadir dengan pemacu bersaiz 2TB.

Walaubagaimanapun jika dibezakan dari segi saiz fizikal, pemacu SanDisk ini dilihat lebih kecil sedikit berbanding Data Traveler.

SanDisk tidak mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan harga dan tarikh ia dilancarkan untuk umum.

Sumber: The Verge

Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem?

Temporibus autem quibusdam et aut officiis debitis aut rerum necessitatibus saepe eveniet.

To Top