Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Umum Teknologi Pembuatan FinFET 14nm Untuk Sensor Kamera 144MP

Samsung Umum Teknologi Pembuatan FinFET 14nm Untuk Sensor Kamera 144MP

Diterbitkan Disember 17, 2019 ยท Dikemas kini Disember 17, 2019 oleh Meor Hasyim

Saiz dan nanometer sememangnya tidak asing untuk pembuatan cip pemprosesan. Namun disebabkan teknologi pengimejan semakin maju, imej sensor pula didorong untuk dikecilkan untuk kesesuaian kemampuan sensor tersebut. Terbaru, Samsung mendedahkan teknologi pembuatan FinFET untuk imej sensor 144MP bersaiz 14nm. Teknologi ini dipertontonkan oleh mereka pada konferens IEEE International Electron Devices Meeting (IEDM) 2019 baru-baru ini.

Menurut penyelidik Samsung, teknologi ini membolehkan sensor tersebut mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 42% ketika mengambil gambar pada kadar 10 bingkai per saat. Untuk rakaman video 12MP pula, ia mampu menjimatkan tenaga sehingga 37%.

Teknologi FinFET 14nm ini adalah diperlukan pada sensor imej kerana sensor perlu berfungsi pada voltan yang tinggi (2V), dan pereka imej sensor perlu menghasikan voltan terendah yang termampu. Ini adalah untuk mengurangkan haba dan juga penggunaan tenaga yang diperlukan.

Samsung Umum Teknologi Pembuatan FinFET 14nm Untuk Sensor Kamera 144MP

Jika sebelum ini imej sensor dibina berasaskan teknologi planar, kaedah penghasilan menggunakan teknologi seperti cip pemprosesan ini bakal memanfaatkan hayat bateri peranti pintar jika mula digunakan nanti.

Sumber: Image Sensors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY