Samsung Umum Galaxy A7(2018) Dengan Tri-Kamera Utama, Bakal Diperkenalkan 11 Oktober Ini

Tidak sampai sebulan selepas memperkenalkan Samsung Galay Note 9, Samsung telah melancarkan sebuah lagi model iaitu Galaxy A7(2018). Ia akan hadir dengan tiga kamera utama dan akan diperkenalkan bagi pasaran Asia dan Eropah terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai sistem cip yang digunakan oleh Galaxy A7(2018) telah didedahkan setakat ini. Namun, beberapa spesifikasi lain telah pun diketahui seperti :

  • 4GB / 6GB RAM
  • Kamera utama 24MP+8MP(sudut luas)+5MP(depth)
  • Kamera swafoto 24MP
  • Bateri 3,300 mAh
  • Simpanan dalaman 64GB / 128GB
  • Paparan skrin Super AMOLED 6-inci

Selain itu, ia akan turut hadir dengan beberapa fungsi lain seperti dokongan Bixby 4, Samsung Pay 5 serta pengimbas cap jari di bahagian sisi peranti. Ia sekaligus menjadikan Galaxy A7(2018) ini sebagai model kelas pertengahan pertama yang hadir dengan ciri-ciri premium.

Variasi warna yang ada bagi Samsung Galaxy A7(2018)

Beberapa hari lalu, Samsung pernah berjanji akan memberikan lebih perhatian kepada peranti pertengahan berbanding sebelum ini.

Peranti ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 11 Oktober nanti. Maka, kita perlu menunggu tarikh berkenaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai spesifikasi penuh serta harga jualan bagi Samsung Galaxy A7(2018) ini.

 

Sumber 

 

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408