Ahli baru dalam keluarga besar Galaxy A ini tampil dengan skrin paparan 6.3 inci LCD Infinity-O beresolusi FHD+. Rekaan meletakkan "lubang" disebelah bucu kiri paparan, ia dihuni dengan lensa 32MP.
Galaxy A60 menggunakan teknologi Screen Cast Sound yang mana skrin paparan berperanan mengeluarkan bunyi dan model ini tidak mempunyai earpiece.
Bahagian belakang pula menampilkan tiga kamera kombinasi sensor utama 32MP (f/1.7), sensor kedua 8MP (f/2.2) dan 5MP sebagai sensor depth. Pengimbas cap jari juga kelihatan pada panel belakang tersebut.
Komponen dalaman yang mengoperasikan peranti adalah cip Snapdragon 675 serta RAM 6GB ditemani ruang simpanan 128GB. Galaxy A60 disertakan dengan port pengecasan USB-C untuk sebagai laluan untuk mengecas bateri berkapasiti 3500mAh.
Sebuah lagi peranti, turut diperkenalkan pada acara sama iaitu Galaxy A40s yang difahamkan nama lain bagi Galaxy M30 untuk pasaran China.
Ia didatangkan dengan spesifikasi seperti skrin Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.4 inci, kamera hadapan 16MP, tiga kamera belakang gabungan lensa 13MP (f/1.9)+5MP (f/2.2) serta 5MP depth.
Dimuatkan dengan cip Exynos 7904 bergandingan bersama RAM 6GB serta storan 64GB. Menjana peranti adalah bateri 5000mAh dengan keupayaan pengecasan pantas 15W. Harga bagi Samsung Galaxy A60 adalah 1999 yuan (~RM 1235) sementara Galaxy A40s diletakkan pada nilai 1499 yuan (~RM926).
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Anda Guna Peranti Samsung? Boleh Dapatkan YouTube Premium Percuma Sehingga 4 Bulan
- Samsung Galaxy Buds Live Dengan Rekaan Seperti Kacang Dilancarkan
- Model Baru Samsung Pintas P30 Pro Dan Galaxy S10 5G Dalam Carta DxOMark
- iPhone 8 Plus Tewas Kepada Samsung Galaxy Note 8 Dalam Ujian Buka Aplikasi
- 200 Penumpang Kapal Terbang Menerima Hadiah Berupa Samsung Galaxy Note 8
- Odyssey | Gaming Laptop Pertama Dari Samsung
- Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Pada Penghujung Ogos
- Telefon Pintar Dalam Video Ini Dipercayai Model Samsung Galaxy A8+ (2018)
- Tri-Kamera OnePlus 7 Pro Kalahkan Mate 20 Pro Dan Galaxy S10 Plus Dalam Kedudukan DxOMark
- Cara-Cara Sambungan Samsung Gear S3 Dan S2 Ke iPhone