Samsung Umum Cip Exynos 9825, Dibangunkan Dengan Proses 7nm

Ketika mana ramai sedang menanti acara pelancaran Galaxy Notebook yang dijadualkan berlangsung lewat pagi nanti (waktu tempatan), Samsung mencelah dengan pengumuman cip terbaru mereka, Exynos 9825.

Dibangunkan dengan teknologi 7nm EUV, ia menjanjikan prestasi permainan, grafik serta penggunaa kuasa 30%-50% lebih rendah.

Exynos 9825 hadir dengan konfigurasi dua teras M4, dua teras Cortex-A75 serta empat teras Cortex-A55 tetapi masih belum mendedahkan kelajuan setiap satunya. Bahagian GPU menggunakan ARM Mali-G76 sama seperti cip terdahulu, Exynos 9820.

NPU turut diintegrasikan pada Exynos 9825 yang mana ia akan meningkatkan lagi keupayaan AI fotografi serta sokongan bagi ciri AR. Selain itu ia mampu mengenali corak penggunaan pengguna dan membantu peranti untuk melancarkan aplikasi dengan lebih pantas.

Beberapa ciri lain yang disertakan pada Exynos adalah sokongan rakaman video 8K pada tetapan 30fps, 4k (150fps) dan 10-bit HEVC. Cip ini dijangka membuat penampilan sulung pada model Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+.

Sumber: Samsung