Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Umum Acara Galaxy Unpacked Pada 28 April Ini

Posted on April 14, 2021

Pada awal tahun ini, Samsung telah melancarkan siri Galaxy S21 semasa acara Galaxy Unpacked. Terbaru, mereka akan mengadakan acara itu lagi pada 28 April.

Seperti biasa, ia akan berlangsung secara dalam talian menerusi YouTube rasmi dan pada kali ini, Samsung bakal memperkenalkan peranti Galaxy yang baharu.

Menurut ura-ura, Samsung dikhabarkan untuk melancarkan komputer riba dengan cip Intel Gen-11 di bawah barisan Galaxy Book Pro.

Tambahan lagi, bagi yang tertunggu penampilan telefon pintar Galaxy baharu berkemungkinan tidak dapat dilihat semasa acara ini.

Walau apa pun, mari kita sama-sama nantikan apakah peranti Galaxy yang ingin diumumkan Samsung kelak.

Dalam pada itu, Apple turut mengesahkan acara baharunya yang mana akan berlangsung beberapa hari sebelum Samsung Galaxy Unpacked, iaitu pada 20 April.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress