Samsung Turut Memperkenalkan Kamera Mudah Alih Comel, Samsung Gear 360

Samsung seperti yang telah diketahui mempunyai peranti Gear VR yang boleh memaparkan pengalaman realiti maya secara 360 darjah. Semasa pelancara S8, mereka juga mempersembahkan sebuah peranti baru yang membuatkan saya sendiri terliur, iaitu sebuah kamera yang mampu merakam video 360 darjah, Samsung Gear 360. Yang menariknya sewaktu pelancaran sebentar tadi, Samsung mengedarkan kamera Gear 360 percuma kepada setiap penonton yang hadir ke acara tersebut.

gear-360

Dengan rekaan kecil comel ini, ternyata kamera ini boleh digunakan untuk traveler dan vlogger yang sukakan rakaman 360 darjah. Gear 360 ini mampu merakam video 4K pada resolusi 4096 x 2160 dan rakaman langsung pada kualiti 2K bersama sensor bersaiz 8.4MP. Rakaman strim secara langsung boleh disambungkan ke telefon tanpa wayar untuk langkah seterusnya. Tak payah susah-susah rakam pakai 6-4 kamera untuk buat video 360.

Dari segi harga dan tarikh sebenar peranti ini dijual masih belum diumumkan secara rasmi tetapi ianya dijangka dijual pada harga antara RM1500-RM1800 dan bakal tampil ke pasaran pada April atau May ini.

samsung-new-gear-360-2017-hands-on-sg-0-1-980x420

Sumber: Samsung