Samsung Tidak Tergesa-gesa Untuk Memperkenalkan Peranti Bersama Skrin Boleh Dilipat

Tahun lepas muncul satu khabar angin tentang teknologi skrin boleh dilipat yang dibawakan oleh Samsung akan diperkenalkan pada 2017. Namun peminat perlu bersabar lagi buat seketika kerana Samsung telah mengumumkan pelancaran peranti mudah alih bersama paparan skrin yang boleh dilipat akan dibawa ke 2019.

Menurut satu kenyataan dari Kim tae-woong, seorang jurutera paparan skrin Samsung, berkata rekaan bezel-less dan skrin lengkung yang dibawakan oleh S8 baru-baru ini sudah cukup untuk memenuhi permintaan industri dan peminat telefon pintar pada tahun ini.

Samsung-foldable-phone-prototypes

Nampaknya khabar angin tentang Galaxy X yang dikatakan bakal membuat kemunculan bersama paparan skrin yang boleh dilipat tidak akan menjadi kenyataan.

Samsung nampaknya telah memiliki teknologi yang 3-4 tahun ke hadapan dan memilih untuk tidak tergesa-gesa untuk mempamerkan senjata yang mereka ada. Bagus juga la macam tu, play it cool, play it smart.

Sumber