Samsung Tercabar Dengan LG G6 Lantas Memperlihatkan Teaser Terbaru Galaxy S8

Samsung telah mula menyiarkan iklan TV untuk Galaxy S8 di Korea Selatan dengan lebih satu bulan sebelum ianya diperkenalkan secara rasmi. Penganalisis percaya bahawa ini mungkin disebabkan oleh kejayaan LG G6 yang dilancarkan pada awal tahun ini. Ini merupakan langkah yang jelas dari Samsung yang mahu memastikan LG G6 tidak benar-benar menguasai pasaran Korea sepenuhnya. Samsung mahu mengingatkan pengguna bahawa flagship S8 mereka is on its way.

LG merupakan saingan terbesar Samsung di Korea, dan pembuat telefon Galaxy ini mempunyai sebab yang kukuh untuk menjadi sedikit bimbang. LG G6 baru sahaja dilancarkan di Korea pada Jumaat yang lalu dan telah dijual sebanyak 20,000 unit pada hari pertama pelancaran dan 30,000 unit secara keseluruhannya setakat ini.  Manakala pembelian secara preorder di beberapa laman web yang lain sudah terjual melebihi 82,000 unit, menurut The Korea Herald.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=DTqnzSzLZxQ[/embed]

Samsung telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Galaxy S8 pada 29 Mac semasa acara Unpacked di New York City. penganalisis KGI Securities Ming-Chi Kuo pula melaporkan baru-baru ini bahawa Galaxy S8 akan dikeluarkan pada 21 April. Akan tetapi, terdapat juga khabar angin yang mengatakan pelancarannya akan ditangguhkan ke 28 April, manakala terdapat sesetengah pihak menyatakan bahawa ia mungkin diperkenalkan lebih awal iaitu pada 14 April, seperti yang perkatakan oleh Trusted Review.

Sumber