Samsung Telah Keluarkan CFG70 Dengan Rekaan Lengkung Dan Quantum Dot.





Samsung kini tampil dengan monitor komputer terbaru mereka iaitu CFG70 dengan rekaan lengkung untuk menyayingi pesaing mereka.



Ianya direka dengan skrin 24 inci dan 27 inci. Monitor 'gaming' ini dijanjikan paparan HD penuh yang lancar dengan 1ms masa tindak balas. Berbeza dengan monitor lain, CFG70 ini direka dengan kemampuan untuk 'refresh' paparan dengan cara membahagikan paparan kepada suku berbanding kebanyakkan monitor komputer yang dapat 'refresh' secara global.



Dalam usaha untuk merendahkan kadar kelipan, CFG70 ini mengunakan teknologi AMD FreeSync untuk memastikan kadar refresh skrin disegerakkan hingga 144Hz. CFG70 juga mempunyai LED interaktif  yang di panggil 'Arena Lighting' untuk memberi pengalaman bermain dengan lebih keterujaan.



Samsung juga membawa bersama teknologi Quantum Dot yang menguasai siri CFG70 ini dengan Super Ultra High Defination. Dengan ini ia mampu memaparkan 125%  spectrum sRGB. Selain dari keupayaan paparan yang menakjubkan, Samsung juga menambah beberapa ciri yang unik seperti mekanisma ball-and-joint dimana skrinnya dapat diserongkan, diubah ketinggian, dan lain lain lagi tanpa mengubah kaki skrin.