Samsung Semakin Menghampiri Xiaomi Dalam Ranking Pasaran Telefon Pintar Di India

Samsung sememangnya berada di tangga pertama di dalam pasaran telefon pintar di seluruh dunia. Namun, Samsung menduduki tangga kedua di belakang Xiaomi dalam pasaran telefon pintar di India.



Menurut laman teknologi The Elec, hasil kajian dari Strategi Analitik, Samsung dilihat kembali memberi saingan sengit dalam pasaran India dengan mencatatkan peningkatan dengan merapatkan jurang sebanyak 2.4% dalam suku kedua tahun ini berbanding 5.6% pada tahun lalu. Pada tahun lalu, kedudukan Samsung sebagai peneraju dalam ranking pasaran telefon pintar di India dipintas oleh Xiaomi dan pada tahun ini, ia dilihat masih kekal kerana Samsung mencapai 26.3% bahagian pasaran dengan menjual sebanyak 9.4 juta unit peranti keluarannya manakala Xiaomi pula mencatat sebanyak 28.7% dengan hasil jualan 10.2 juta peranti keluarannya.

Menurut Pengarah Strategi Analitik, Woody Oh:

"Xiaomi kekal sebagai penjual telefon pintar nombor satu di India, disebabkan oleh kehadiran penjualan perantinya yang semakinmeluas, tetapi kedudukannya sebagai pendahulu mula goyah kerana kebangkitan Samsung. Samsung kini telah membuat beberapa penambahbaikan dari segi peranti dan juga bahagian pemasaran yang menjadikan namanya telah meningkat dengan ketara, "



Manakala Vivo menduduki tempat ketiga di mana syarikat dari China itu menjual sebanyak 3.9 juta unit peranti dan mendapat 11% bahagian pasaran. Diikuti oleh Oppo yang mempunyai 8.1% bahagian pasaran dengan menjual 2.9 juta unit peranti manakala Realme dilihat semakin meningkat dengan ketara apabila memperoleh 8% bahagian pasaran dengan menjual 2.8 juta unit peranti menjadikannya di tangga kelima dalam ranking tersebut.

Sementara itu, penghantaran telefon pintar di India berkembang 3.2% kepada 35.6 juta unit pada suku kedua tahun ini.

Sumber : Theelec