Samsung Sedang Membangunkan Teknologi 'Deepfake' Mereka Sendiri

Teknologi ini semakin menakutkan.


Penyelidik Samsung kini sedang dalam usaha membangun dan mensempurnakan teknologi 'deepfake' yang dibangunkan berasakan teknologi mereka sendiri.

Bagi mencapai usaha tersebut, penyelidik Kecerdasan Buatan (AI) Samsung yang berpangkalan di United Kingdom telah mengadakan kerjasama bersama Kolej Imperial London bagi membangunkan satu teknologi AI yang mampu menganimasi dan menyelaras  audio dengan pergerakan muka dengan hanya menggunakan gambar seseorang.

Teknologi deepfake Samsung ini dikenali sebagai generative adversarial network atau singkatannya GAN dijana menggunakan model dari gambar yang tidak hanya menghasilkan pergerakan bibir yang diselaraskan dengan audio sahaja tetapi juga mempamerkan ciri-ciri ekspresi wajah seperti berkelip, mengerutkan dahi, pergerakan pipi dan lain-lain.

Sebagai contoh, anda boleh lihat video di bawah yang menggunakan teknologi GAN. Video ini dihasilkan dengan menggunakan gambar pegun Gregori Rasputin dan diselaraskan dengan klip audio Halo yang dinyanyikan penyanyi Beyonce.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=16&v=9Ctm4rTdVTU

Deepfake atau deepface (deep learning) adalah teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan set algoritma yang cuba untuk memodelkan abstrak pada tahap tinggi dalam data dengan menggunakan graf mendalam dengan pelbagai proses lapisan yang terdiri daripada beberapa transformasi.

Atau bahasa mudahnya, mengubah dan mewakili sesuatu kandungan itu yang bukan miliknya.

Sebagai contoh, perisian Adobe Photoshop telah lama digunakan sebagai alat bagi memalsukan sesuatu secara digital yang dulunya lebih dikenali sebagai superimpose.

Tetapi dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, teknologi kecerdasan buatan telah menggantikan kemahiran pengguna bagi mengubah sesuatu seperti pada gambar mahupun video.

Kapsyen: Pengkodan komputer yang digunakan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan kini menggantikan kemahiran suntingan visual manusia. Kredit: Github


Cuma teknologi deepfake secara peribadi akan lebih dilihat sebagai alat yang akan memudahkan lagi penyebaran perkara negatif seperti propaganda dan berita palsu.

Sekaligus merosakkan imej serta menghilangkan kepercayaan masyarakat apabila melihat pada sesuatu perkara yang sulit.

Sumber: BGR