Samsung Secara Terangan Menggunakan Ikon Face ID Apple Dalam Acara Khas Mereka

Kot ye pun...


Samsung dalam acara khas mereka di CES 2020 hari ini didapati secara terang-terangan menggunakan menggunakan ikon Face ID milik Apple ketika membentangkan produk mereka yang dikenali sebagai Samsung Pass.

Samsung Pass adalah servis pengurusan identiti atau umumnya pengguna lebih mengenalinya sebagai perkhidmatan kata laluan (password manager).

Menerusi servis itu, Samsung membenarkan pengguna menggunakan ciri pengesahan biometrik bagi mengakses aplikasi atau laman sesawang.

Kesemua data sulit berkaitan akaun pengguna termasuklah nama dan kata laluan pengguna akan disimpan di dalam servis Samsung Pass.

Walaubagaimanapun, ketika pembentangan tersebut, hadirin yang hadir dalam acara itu tidak dapat mengelak menyedari bahawa Samsung menggunakan ikon Face ID yang dimiliki Apple.

https://twitter.com/ParkerOrtolani/status/1214388544145252352?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1214388544145252352&ref_url=https%3A%2F%2Fwccftech.com%2Fsamsung-steals-apples-face-id-touch-id-icons-for-its-new-password-manager%2F

Mungkin bagi sebahagian melihat ikon tersebut tidak begitu menyerupai ikon Face ID Apple, tetapi ia tidak dapat dinafikan bahawa ia amat menyerupai dan dinspirasikan dari ikon yang direka Apple.

Sumber: Wccftech