Samsung Secara Rasmi Boleh Untuk Tidak Mengemaskini Peranti Mereka

Sebuah mahkamah di Belanda telah membuat keputusan menyebelahi Samsung dalam pertikaian mereka dengan Consumentenbond, sebuah badan pengguna di negara itu yang telah menyaman Samsung kerana tidak mengemaskini produk mereka terutamanya telefon pintar selepas tempoh masa tertentu.

Samsung mempertahankan tindakan mereka dan kerana semua peranti di Belanda telah menerima kemaskini sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun selepas hari jualan.

Consumentenbond dalam hujah balas telah menunjukkan beberapa perkara yang tidak selari dengan hujah Samsung di atas dan syarikat tersebut perlu memberi tempoh 2 tahun tersebut dari tarikh pembelian dan bukan tarikh rasmi pelancaran.

Hakim menjelaskan keputusannya kerana bimbang isu yang berbangkit kemudian hari. Menurutnya, akan ada masa di mana Samsung tidak dapat memberi kemaskini kerana terdapat isu-isu teknikal seperti virus atau pepijat.

Consumentenbond bagaimanapun berpuas hati dengan pihak Samsung yang mengambil beberapa langkah untuk memberi maklumat kepada pengguna mereka.