Samsung SDI Bercadang Mengitar Semula Telefon Pintar Untuk Bahan Seperti Kobalt

Timbunan sampah elektronik atau ewaste menjadi topik perbualan pemerhati industri  dari segenap cabang. Bukan sahaja ewaste bakal menjadi masalah besar pada masa akan datang jika tidak ditangani dengan sebaiknya malah potensi pulangan yang boleh diperolehi dari program kitar semula bahan ewaste.

Samsung SDI, sebuah pembekal bateri kepada syarikat automotif seperti BMW bercadang untuk mengitar semula bahan ewaste seperti telefon pintar dari seluruh dunia bagi mendapatkan bahan-bahan seperti emas dan kobalt. Harga dunia untuk bahan seperti kobalt khususnya sedang mengalami kenaikan harga akibat kenaikan permintaan untuk komoditi tersebut.



Ditambah dengan tiada bahan alternatif lain yang mampu menggantikan bahan tersebut di dalam pembuatan kenderaan elektrik dan juga kontroversi yang melanda negara seperti Demokratik of Congo sebagai pengeluar terbesar bagi kobalt.



Negara afrika tersebut yang terkenal dengan kes rasuah, keganasan dan menggunakan tenaga buruh kanak-kanak menyumbang hampir 50% dari bekalan kobalt dunia. Samsung SDI yang merupakan pecahan dari Samsung Electronics Co. akan membeli pegangan saham di dalam syarikat yang menguruskan teknologi kitar semula dan memastikan bekalan bahan penting tersebut sampai kepada mereka dengan harga yang kompetitif.

Mereka akan bersaing dengan organisasi lain seperti Volkswagen AG, BMW AG dan Panasonic Corp. untuk mendapatkan sumber logam tersebut.

Sumber