Dua peranti yang disebutkan adalah Samsung S10 X dan Huawei P30 dikhabarkan akan dilengkapi dengan memori RAM berkapasiti 12GB.
Ia mula dibualkan selepas satu imej ditemui dari laman Weibo yang memperlihatkan gambaran awal kapasiti RAM bawaan kedua-duanya.
Ura-ura menyatakan Samsung akan mengeluarkan 4 versi S10; Samsung S10, Samsung S10 Plus, Samsung S10 X dan Samsung S10 X 5G.
Versi S10 X dikatakan hadir dengan RAM sebesar 12GB sementara versi lain dengan RAM 6GB atau 8GB.
Sebuah model juga dipercayai akan dibangunkan dengan sokongan 5G. Dari segi saiz paparan, 5.8 inci adalah ukuran terkecil dan yang paling besar 6.44 inci.
Berkenaan dengan Huawei P30 Pro, kehadirannya pada tahun depan telah disahkan sendiri oleh CEO Huawei, Richard Yu pada acara IDA 2018 yang lalu.
Selain RAM 12GB, Huawei P30 Pro turut menyediakan RAM 8GB dan diramal pelancarannya pada Mac 2019.
Sumber: Appuals
Berkaitan
- Mobile Legends: 10 Tips Bermain Bagi Anda Yang Sering Kalah (Bahagian 1)
- Bocoran Video Memperlihatkan Nokia 8.1 Lebih Awal Sebelum Dilancarkan
- TNB Akan Mulakan Projek Rintis National Connectivity Plan Di Melaka
- Redmi Note 8 Disahkan Bakal Hadir Tidak Lama Lagi
- Vivo V15 Pro - Beli Satu Percuma Satu Melalui Pelan MaxisOne
- Kenapa Guna Nama Galaxy S20 Dan Bukannya S11? Ini Jawapan Diberikan Samsung
- ZenFone Live - Peranti Android Go Pertama Dari Asus
- Grab x Touch 'n Go - Dapatkan Diskaun RM5 Bagi Perjalanan Dari Stesen MRT/LRT
- 7 Pek Ikon Berbayar Android Ditawarkan Percuma Untuk Masa Terhad
- Razer Perkenal Tetikus Razer Viper Dilengkapi Suis Optikal