Samsung S10 Dilapor Akan Dilengkapi Mod Tangkapan Malam "Bright Night"

Tangkapan imej pada waktu malam menjadi salah satu daripada kekurangan kamera telefon pintar jika dibandingkan dengan kamera DSLR.

Atas alasan itu, beberapa pengeluar dilihat sudah mula mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut dengan menampilkan mod tangkapan malam mereka sendiri.

Jika sebelum ini, Oppo mempunyai Ultra Night Mode, Google dengan Night Sight-nya serta Huawei Night Shot, kini Samsung pula dikatakan bakal hadir dengan mod tangkapan Bright Night baharu.



Ia telah dikesan oleh pihak XDA Developers di mana ia kelihatan pada firmware beta bagi sistem operasi baru Samsung, One UI. Kod "Bright Night" muncul dalam pengekodan berikut:
<string name="Title_bright_night">Bright night</string>
<string name="smart_tips_bright_night_description"> Suggest mode to take bright pictures even in very dark conditions. </string>
<string name="super_night_guide_capture"> Hold your phone steady. Taking picture. </string>
<string name="super_night_guide_ready"> Brighten up this shot with Bright night. </string>
<string name="bright_night_summary"> Take bright pictures even in very dark conditions </string>
<string name="SM_NIGHT"> Night </string>
<string name="SM_NIGHT_description"> Take multiple shots and combine them to get brighter, clearer pictures in low light without using the flash. </string>
<string name="bright_night_summary"> Take bright pictures even in very dark conditions. </string>

Sekiranya perkara ini adalah tepat, maka hampir pasti Samsung Galaxy S10 akan menjadi peranti pertama yang mempunyai sokongan ini dari dalam kotak.

Kita mungkin akan mendengar banyak lagi perkembangan terbaru yang akan dibawa oleh Samsung kepada One UI ini nanti.

Ia dijadualkan akan diperkenalkan pada Januari depan dengan Galaxy S9 dan Galaxy Note dikatakan akan menjadi model terawal menerimanya kelak.

 

Sumber: XDA Developers