Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Quick Share Bakal Dibawa Ke Windows 10, Pindah Dokumen Lebih Pantas

Quick Share Bakal Dibawa Ke Windows 10, Pindah Dokumen Lebih Pantas

Diterbitkan Februari 15, 2021 ยท Dikemas kini Februari 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Eko-sistem daripada Apple antara yang terbaik yang pengguna boleh nikmati terutama bagi yang mempunyai peranti iOS dan macOS.

Ini kerana pengguna mampu menghantar dan menerima sesuatu fail dengan sangat mudah dan pantas.

Terbaru, Samsung dilaporkan membawa teknologi Quick Share pada Windows 10 yang mirip Air Drop daripada Apple.

Quick Share Bakal Dibawa Ke Windows 10, Pindah Dokumen Lebih Pantas

Melaluinya, ia membolehkan pengguna berkongsi foto, video, dokumen dan banyak lagi. Bermakna, pemindahan fail antara komputer dan telefon pintar menjadi lebih mudah.

Pengguna hanya memerlukan sambungan WiFi atau Bluetooth atau peranti yang menyokong ‘SmartThings’ untuk menggunakan ciri tersebut.

Aplikasi Quick Share pada Windows 10 ini dikatakan telah tersedia untuk beberapa peranti Windows 10 dan mungkin akan dilancarkan secara meluas kelak.

Quick Share Bakal Dibawa Ke Windows 10, Pindah Dokumen Lebih Pantas

Dalam pada itu, Samsung Free juga bakal hadir buat telefon Samsung yang menggunakan Android 11 serta One UI 3.

Dulu dikenali sebagai Samsung Daily, ia akan menawarkan beberapa kandungan berita, permainan dan juga rancangan televisyen.

Sumber: Alumia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY