Samsung Pertontonkan Paparan 8K Bersaiz 583 Inci Di ISE 2020

Barisan baru model The Wall diperkenalkan untuk pengguna komersil.


Pada tahun 2018 dulu Samsung buat pertama kalinya telah memperkenalkan The Wall, TV yang menggunakan teknologi microLED bersaiz 146 inci.

Kemudian pada tahun lalu, Samsung mengumumkan model premium The Wall iaitu The Wall Luxury. TV 8K bersaiz 292 inci.

Untuk awal tahun 2020 ini pula, Samsung perlihatkan pula barisan model terbaru The Wall yang menggunakan teknologi microLED bersaiz sehingga 583 inci.



Cuma barisan model terbaru The Wall ini khusus ditawarkan untuk kegunaan komersil seperti ruang-ruang perniagaan.

The Wall for Business ini ditawarkan dalam saiz paparan dari 219 inci sehingga 292 inci bagi versi 4K.

Manakala bagi model 8K pula. ia ditawarkan dari saiz 437 inci sehingga 583 inci.

Barisan model terbaru The Wall for Business kini sedang dipertontonkan di pameran Integrated Systems Europe (ISE) 2020 yang berlangsung di RAI Amsterdam dari 11 Februari hingga 14 Februari .

Samsung akan mula menawarkan barisan model The Wall for Business ini secara global setelah bermulanya acara ISE 2020.