Samsung Perkenal Sensor Imej Terkecil, Disasarkan Untuk Peranti Pertengahan

Bagi membolehkan skrin paparan sepenuhnya dapat dicapai disamping prestasi kamera yang baik, Samsung telah melancarkan sensor imej terkecil dalam industri.

Menurut Samsung, sensor ISOCELL Slim 3T2 piksel 0.8 μm itu berukuran 1/3.4 inci (kira-kira 5.1 mm secara diagonal) mampu menghasilkan foto pada resolusi 20MP.



Memetik dari pengumuman syarikat itu, sensor ini dapat membantu pengeluar dari segi prestasi kamera serta rekaan peranti yang bakal dihasilkan.

Dengan teknologi ISOCELL Plus mereka, ia menjanjikan sensor yang mampu menyerap serta menangkap lebih banyak perincian cahaya untuk penghasilan warna yang tepat, walaupun pada piksel bersaiz mikrometer.

Menyasarkan kepada peranti pertengahan, penghasilan secara besar-besaran bakal dibuat sekitar suku pertama tahun ini.

Sumber: Samsung