Beli Samsung Odyssey G7 Monitor Gaming Dan Dapat Soundbar Percuma

Samsung akan memperkenalkan monitor gaming bangsawan Samsung Odyssey G7 ke pasaran tempatan bermula 29 Jun ini.

Samsung Odyssey hadir ke pasaran dengan dua model iaitu model 32 inci dan 27 inci.





Antara spesifikasi yang ditawarkan oleh kedua-dua model ini adalah ia mempunya kadar segar 240Hz dan 1ms masa respon. Dibina dengan panel QLED jenis VA.



Ia turut memiliki ciri lengkungan 1000R bermaksud pengguna dapat menikmati keindahan skrin walaupun berada di sudut pandangan yang berbeza. Samsung Odyssey G7 ini hadir bersama resolusi QHD(2,560 x 1,440) dengan nisbah 16:9.



Bersempena dengan hari pelancarannya pihak Samsung akan menawarkan pembesar suara HW-T450 Soundbar dan HW-T420 secara percuma, masing-masing bernilai RM 799 dan RM649.

Pra tempah akan bermula pada 29 Jun pada jam 10 pagi. Anda boleh pergi ke pautan ini https://shop.samsung.com/my/preorder-odyssey/