Samsung Perkenal Model Galaxy A20e Di Eropah, Skrin Paparan Bersaiz 5.8 Inci

Dilancarkan bulan lalu, Samsung Galaxy A20 dengan skrin paparan 6.4 inci kini ditawarkan dengan skrin yang lebih kecil sedikit melalui pengenalan model Samsung Galaxy 20e.

Selain berbeza dari segi ukuran paparan iaitu 5.8 inci, Galaxy 20e hanya dilengkapi dengan paparan LCD tetapi masih kekal dengan takuk Infinity V yang diletakkan dengan sensor 8MP untuk rakaman selfie.



Spesifikai lain yang ditawarkan kelihatan masih sama seperti Galaxy A20 seperti, cip pemprosesan Exynos 7884, RAM 3GB/32GB storan disokongan kad MikroSD sehingga 512GB.

Bahagian kamera juga menggunapakai tetapan sama dengan dwi kamera belakang gabungan 13MP (f/1.9) serta 5MP (f/2.2) sementara bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera 8MP (f/2.0). Sensor pengimbas cap jariĀ  diletakkan pada panel belakang.

Satu lagi perbezaan Galaxy 20e dan Galaxy 20 adalah kapasiti bateri dimana keluaran baru ini hanya memuatkan bateri 3000mAh (Galaxy 20 3400mAh) dengan pengecasan pantas 15W.

Buat masa sekarang harga serta tarikh penjualan belum didedahkan lagi dan adakah model ini akan mendarat dipasaran Malaysia, sama-sama kita nantikan.

Sumber: Samsung Poland via SamMobile