Samsung Pay Tawarkan Peranti Galaxy Note 8, Bank Kuasa Dan Banyak Lagi

Samsung Pay sebuah platform bayaran digital kini sedang menawarkan tawaran hebat kepada pengguna mereka.

Samsung Pay yang mendapat anugerah 'Best Mobile Innovation for Payment' di MWC 2018 memberi peluang kepada pelanggan mereka hadiah berupa peranti Galaxy Note 8 dan ribuan mata Samsung Rewards.

Bagaimana untuk memenangi hadiah tersebut?

Setiap pembelian menggunakan aplikasi Samsung Pay akan dijumlahkan untuk setiap bulan. 55 pengguna yang mempunyai jumlah transaksi yang tertinggi setiap bulan dalam tempoh promosi akan memenangi hadiah bulanan.

Hadiah yang ditawarkan

  • Galaxy Note 8




Untuk memenangi peranti di atas, pengguna perlu menjadi antara 5 pengguna dengan jumlah transaksi terbanyak.

  • Powerbank


Untuk memenangi powerbank Samsung, hanya 50 pengguna akan dipilih dalam tempoh promosi yang mempunyai jumlah transaksi terbanyak.

Tempoh promosi bermula pada 16 April 2018 sehingga 15 May 2018.



Untuk pengguna Citibank pula, pihak Citibank dan Samsung telah bekerjasama bagi memberikan mata Samsung Rewards secara percuma. Pengguna hanya perlu mendaftarkan kad kredit Citibank melalui aplikasi Samsung Pay untuk memenangi 3,000 mata ganjaran Samsung Pay secara percuma.

Untuk promosi Citibank, tempoh promosi akan berlangsung dari 26 Mac 2018 sehingga 30 Jun 2018.

Jadi buka aplikasi Samsung Pay anda harini dan mula berbelanja untuk berpeluang memenangi hadiah yang hebat dari Samsung.

Untuk maklumat lanjut dan T&C, sila layari laman sesawang Samsung Pay.

Berkaitan