Samsung Pay Akhirnya Hadir ke Malaysia Selepas Hampir 2 Tahun Dilancarkan

Pembayaran mudah alih mula diberi perhatian selepas Apple memperkenalkan Apple Pay pada 2014 diikuti dengan Google yang melancarkan Android Pay pada 2015 dan pada tahun yang sama juga Samsung hadir dengan Samsung Pay.

Kini Samsung Pay akan hadir ke Malaysia walaupun sudah hampir 2 tahun ianya dilancarkan secara rasmi. Pada mulanya hanya Maybank yang berkerjasama dengan Samsung untuk aplikasi ini, Samsung Pay kini memberikan lebih banyak sokongan dengan kerjasama bersama beberapa bank ternama di Malaysia seperti CIMB, Citi Bank dan Standard Chartered.

Samsung Pay ini berfungsi sama seperti kad 'Touch n Go'. Pengguna hanya perlu sentuhkan telefon pintar anda pada terminal kad. Senangkan. Tapi pastikan dalam akaun ada duit lah.

170217-samsung-pay-official-launch

Umum sudah maklum bahawa aplikasi Samsung Pay hanya boleh diakses melalui telefon pintar berjenama Samsung sahaja. Setakat ini telefon pintar Samsung yang layak menggunakan aplikasi ini adalah seperti Samsung Galaxy S7 dan S7 edge, Galaxy Note5, Galaxy S6 edge plus dan siri Galaxy A

Tidak seperti sistem pembayaran mudah alih yang lain, Samsung Pay menggunakan kedua-dua teknologi NFC dan MST yang menjadikannya serasi dengan lebih banyak terminal kad termasuk yang mempunyai NFC/payWave. Untuk keselamatan yang lebih baik, Samsung Pay menggunakan kedua-dua pengesahan cap jari atau PIN sebelum urus niaga boleh dibuat.

Sumber