Samsung Patenkan Teknologi Baju Pintar, Boleh Pantau Paru-Paru Menggunakan Sensor

Mungkin ada diantara kita pernah terbaca, terlihat atlet-atlet menggunakan pakaian yang dilengkapi sensor untuk mengukur kecergasan, seperti contoh Hexoskin.

Samsung juga tidak ketinggalan dimana mereka telah memfailkan rekaan baju pintar pada 2017 lepas. Berdasarkan laporan LetsGoDigital, paten tersebut telah diluluskan pada 24 Januari 2019 yang lalu oleh WIPO.

Kapsyen: Kredit foto: LetsGoDigital


Paten tersebut memperlihatkan sensor diletakkan dibeberapa bahagian baju. Masing-masing mempunyai fungsi pemantauan yang dapat mengesan bunyi paru-paru bagi penilaian tahap kesihatan organ itu seperti kekerapan serta kekuatan pernafasan.

Sensor ini akan bersambung dengan aplikasi pada telefon pintar untuk ciri pemantauan yang lebih lanjut. Untuk penilaian yang lebih tepat, maklumat pengguna diperlukan seperti umur, jantina dan tinggi.

Sensor ini dikatakan boleh diintegrasi pada pakaian seperti baju sejuk dan t-shirt.

Selain dapat dimanfaatkan kepada ahli sukan, paten rekaan teknologi ini berguna untuk memantau kesihatan bayi.

Kapsyen: Kredit foto: LetsGoDigital


Sumber: LetsGoDigital