Samsung Patenkan Rekaan Telefon Boleh Lentur Mereka, Bakal Pesaing Nubia Alpha

Nubia telah melancarkan peranti boleh pakai mereka, Nubia Alpha di acara MWC 2019 tempoh hari. Ia seolah-olah gabungan di antara telefon dan jam pintar.

Tidak mahu ketinggalan, Samsung didakwa telah pun menfailkan rekaan paten bagi peranti boleh pakai mereka sendiri.

LetsGoDigital

Menurut paten yang telah didedahkan oleh portal LetsGoDigital itu, ia mempunyai sistem kamera untuk rakaman gambar serta menggunakan sistem imbasan cap jari dalam skrin.

LetsGoDigital

Peranti berkenaan juga berkemungkinan besar akan hadir dengan sistem paparan Infinity Display selain sistem pengunci untuk menghalang peranti dari melentur semasa tidak dipakai.

LetsGoDigital

Ia juga digambarkan akan menggunakan pengecasan melalui port USB-C selain menyokong penggunaan kad SIM.

Bagaimanapun, seperti kebanyakan rekaan paten yang lain, peranti ini juga bukanlah semestinya bakal dilancarkan di masa akan datang.

Akan tetapi melihat kepada suasana industri ketika ini, tidak mustahil peranti sebegini akan menjadi kebiasaan di masa akan datang.

 

Sumber: LetsGoDigital via BGR

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408