Samsung Patenkan Rekaan S-Pen Dengan Kamera Terpasang

Anda fikir rekaan hole-punch atau paparan tebuk adalah penyelesaian terbaik bagi masalah takuk? Fikirkan sekali lagi.

Ini kerana walaupun dengan rekaan sedemikian, ia masih lagi mengganggu sebahagian kecil daripada ruang paparan skrin peranti.

Sehubungan dengan itu, Samsung telah memikirkan penyelesaiannya dan idea mereka adalah lain daripada yang lain.

Syarikat dari Korea tersebut didapati telah menfailkan rekaan paten untuk stylus-nya, S-Pen menurut laman USPTO.

Kapsyen: Patently Mobile


Menariknya, paten tersebut menggambarkan bahawa stylus berkenaan mempunyai kamera terpasang padanya.

Tambahan lagi, kamera yang ada pada S-Pen itu juga dikatakan bakal hadir dengan sistem optikal untuk fungsi zoom.

Bagaimanapun, ia dijangka tidak akan hadir seawal pelancaran Galaxy Note 10 pada tahun ini.

 

Sumber: USPTO via Patently Mobile