Samsung Patenkan Rekaan Paparan Skrin Pop-Out

Dunia teknologi kini makin berkembang dari hari ke hari. Tidak ketinggalan dimana kebanyakan jenama peranti pintar tampil dengan rekaan yang unik.

Ini termasuk dengan peranti pintar yang boleh lipat seperti Motorola Razr dan Samsung Galaxy Fold.



Di saat jenama seperti OPPO yang mempatenkan peranti boleh lipat, Samsung dilaporkan bawa teknologi yang berlainan.

Mereka kini telah mempatenkan rekaan paparan yang fleksibel dengan skrin pop-out.



Menurut LetsGoDigital, paten tersebut dibuat Samsung kepada World Intellectual Property Office (WIPO) pada 15 Oktober.

Reka bentuknya menggunakan skrin yang sebahagiannya dapat melipat ke hadapan dan menonjol sedikit dari casis peranti.



Ia akan wujudkan satu ruang resonan dimana terletaknya pembesar suara. Apabila suara berkualiti tinggi tidak diperlukan, skrin akan menjadi rata semula.

Difahamkan, hanya bahagian atas skrin akan buat pergerakan pop-out sementara bahagian lain masih kekal.



Perlu diingatkan bahawa imej ini adalah berdasarkan paten dan bukan rasmi dari Samsung.

Ia mungkin akan kelihatan berbeza apabila dan jika Samsung menggunakan teknologi ini kelak.

Sumber: LetsGoDigital via