Samsung Note 9 Bakal Dipertontonkan Buat Kali Pertama Malam Ini

Akhirnya, masanya telah tiba untuk salah satu peranti utama tahun ini didedahkan buat kali pertama secara rasminya. Satu majlis khas untuk nyahkotak Samsung Galaxy Note 9 telah dijadualkan untuk berlangsung di New York pada 10 malam ini, waktu Malaysia.

Acara itu dijangka akan menjawab semua persoalan dan ura-ura berkenaan peranti tersebut yang berlegar di internet sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=YOoqv7ppkaE

Walaupun Samsung telah mendedahkan serba sedikit tentang Note 9 melalui beberapa kiriman video acah di laman sosial media serta laman Youtube rasmi mereka.

Samsung Malaysia juga telah menghantar jemputan kepada rakan media mereka untuk menghadiri tayangan siaran langsung majlis itu di Golden Screen Cinema, Mid Valley pada malam ini.

 

SumberĀ