Samsung Note 8 Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM2499

Apabila hadirnya model baru sudah tentu keluaran sebelumnya mendapat potongan harga.

Itulah yang terjadi kepada Samsung Galaxy Note 8 setelah kedatangan model pengganti, Galaxy Note 9.

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tanda harga RM3999, Note 8 kini boleh didapati pada harga RM2499 di Shopee.

Dijual oleh pengedar telefon pintar popular, DirectD, harga tersebut adalah untuk model berwarna merah jambu. Bagi variasi hitam ia dijual pada nilai RM 2599.

Tawaran serupa juga boleh dilihat pada laman Lazada oleh G Store; Soft Pink (RM2499), Orchid Grey, Maple Gold dan Midnight Black (RM2599).

Bagi yang berhajat untuk mendapatkan peranti dengan sokongan stylus, mungkin boleh mempertimbangkan model ini.

Sumber: Lowyat.net