Samsung Note 8 Telefon Masa Hadapan





Khabar angin mengenai Samsung Note 8 semakin bertiup kencang. Ura-ura mengatakan ia bakal hadir dengan kejutan baru yang bakal mengubat kekecewaan pengguna terhadap model Note 7.



Memetik laporan dari ETNews, Samsung dikatakan merancang untuk membuang butang fizikal Home pada model Note 8. Bagi model sebelum ini, selain berfungsi untuk kembali ke skrin utama, butang Home juga digabungkan dengan sensor pengimbas cap jari. Oleh itu, Samsung perlu mencari jalan lain untuk meletakkan pengimbas cap jari seperti contoh Mi 5s yang meletakkan sensor dibawah kaca skrin.







Desas-desus lain mengatakan ia mungkin hadir dengan paparan skrin penuh yang bermaksud Samsung akan menghapuskan bezel dibahagian atas dan bawah (bingkai dibahagian tepi sememangnya nipis).



Dikhabarkan juga model yang bakal dikeluarkan pengeluar dari Korea Selatan itu akan dilengkapi dengan dwi kamera seperti kebanyakkan model ternama seperti iPhone 7 Plus dan juga Mi 5s Plus. Difahamkan syarikat itu bakal menggabungkan pemproses Qualcomm Snapdragon 830 dan juga cip Exynos yang dibina oleh  anak syarikat mereka, Samsung SDI. Kedua-dua cip pemproses tersebut akan dibina untuk prestasi yang lebih tinggi serta penggunaan bateri yang lebih rendah.









Sumber: Gadget Lite

Sumber Video: Techdroider

Berkaitan