Samsung Mungkin Terima Kemaskini Android Oreo Pada Awal 2018

Setelah sekian lama menyepi tanpa berita mengenai penawaran Android Oreo, Samsung akhirnya tampil dengan jawapan. Melalui laman rasmi Samsung  Turki, penawaran Android Oreo bagi pengguna Samsung Galaxy dijangka akan bermula pada awal tahun 2018.

Walaupunbegitu, tidak dinyatakan pula peranti mana yang akan menerima kemaskini itu terlebih dahulu tetapi berdasarkan ura-ura, model-model seperti Galaxy Note 8, Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus mungkin menjadi peranti terawal yang menerimanya.

Mengapa pengumuman itu dibuat pada laman rasmi Samsung Turki tetapi tidak pada negara lain? Hal ini mungkin disebabkan, kebiasaannya Turki merupakan salah satu negara yang mendapat kemaskini terawal sebelum ini.

Melihat kepada keadaan itu, dapat dirasakan kemaskini Android Oreo akan ditawarkan lebih dahulu kepada pengguna  Samsung di Turki dan untuk pengguna yang lain ia barangkali memerlukan tempoh yang lewat sedikit.

Sumber: Android Authority