Samsung Mungkin Sedang Mengusahakan Cip Exynos 9820 Terbaru Berdasarkan Proses 7nm

Hanya beberapa pengeluar telefon pintar seperti Samsung, Apple, Huawei dan Qualcomm yang mereka cip pemprosesan mereka sendiri dan dari jumlah tersebut, hanya Samsung dan Huawei yang memiliki penuh kilang pembuatan cip semikonduktor mereka.

Samsung menerusi cip Exynos Siri 9, 9810 telah membuat kemunculan di dalam peranti Samsung terbaru Galaxy S9. Samsung mengatakan Exynos 9810 mempunyai kebolehan A.I tetapi mengikut Ice Universe, Samsung mungkin sudah bersedia menghasilkan cip seterusnya, Exynos 9820.

https://twitter.com/UniverseIce/status/981070591078756352

Cip SoC yang berdasarkan proses fabrikasi 7nm terbaru itu mungkin akan digunakan untuk peranti utama mereka yang lain untuk tahun ini, Galaxy Note 9. Sementara itu, Qualcomm juga sudah mengumumkan Snapdragon X24, cip modem LTE pertama yang mampu membekalkan kelajuan data sehingga 2Gbps. X24 juga menggunakan teknologi fabrikasi yang sama seperti Exynos 9820. Samsung dan Qualcomm dijangka akan bekerjasama dalam membawakan sokongan komunikasi 5G pada masa hadapan.