Samsung Mungkin Guna Skrin Lengkung Sepenuhnya Untuk Galaxy S8







Samsung sedang merancang sama ada untuk membuang atau mengekalkan sepenuhnya rekaan skrin rata terutamanya untuk model Galaxy S. Mengikut laporan, syarikat tersebut akan memilih rekaan lengkung sepenuhnya untuk Galaxy S8.





Pada bulan lepas, Koh Dong-Jin dari Samsung berkata syarikat tersebut sedang berbincang untuk menghasilkan skrin lengkung sepenuhnya untuk model Galaxy S sebagai salah satu cara untuk menjadikan model ini 'one of its kind'.



Laporan juga mengatakan bahawa Samsung akan menggunakan paparan skrin berukuran 5.1 inci dan 5.5 inci untuk dua model Galaxy 8 dengan kedua duanya mempunyai paparan skrin lengkung. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mendahului pasaran telefon pintar yang seakan tiada penghujungnya dengan menggunakan teknologi 'edge display' ini.



Samsung juga mungkin akan menambah ciri dwi-kamera di bahagian belakang sama seperti iPhone 7 Plus. Selain daripada itu, Samsung juga dikhabarkan akan menambah ciri sensor Iris eye-scanning dan 8 megapixel kamera depan. Sama sama kita nantikan.