Namun ia dijangka berubah tidak lama lagi. Ini kerana baru-baru ini SamMobile telah mengesan penawaran Android Pie bersama sistem antaramuka baharu, One UI bagi model Galaxy S9 dan S9+ di Eropah.
Antara negara yang terpilih bagi penawaran tersebut ialah Jerman, Belanda dan Slovakia. Ia dianggap sebagai hadiah Hari Natal dari Samsung bagi pengguna di sana kerana sistem ini sepatutnya hanya mula ditawarkan pada bulan hadapan.
Baca juga: Samsung Umum One UI, Antaramuka Yang Lebih Kemas
Selain Galaxy S9 dan S9+, sistem ini dijangka akan tersedia untuk dinikmati oleh pemilih model-model lain seperti Galaxy Note 9, Galaxy S8, Galaxy S8+, Galaxy A9 2018 dan Galaxy A7 2018.
Sistem antaramuka One UI ini ditunggu-tunggu oleh pengguna Samsung, terutamanya pengguna siri Galaxy Note kerana ia dikatakan lebih kemas dan "mesra peranti besar".
Mengambil kira rekod penawaran sebelum ini, pengguna model Samsung terpilih di Malaysia berkemungkinan besar akan mula menerima kemaskini ini pada dua minggu akan datang.
Sumber: SamMobile
Berkaitan
- Huawei Mate 20 Sah Dikuasakan Dengan Cip HiSilicon Kirin 980
- Galaxy TabPro S Mahu Mencabar Surface Pro
- Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019
- Imej Sebenar Asus Zenfone Max Pro M2 Tertiris Menjelang Pelancaran
- Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699
- Samsung Batal Kerjasama Dengan Jenama Supreme Palsu
- CEO One Plus Belanja Gambar Yang Diambil Pada Waktu Malam Guna One Plus 5
- HONOR Beri Peluang Peminat Untuk Menangi View20 Melalui Pertandingan "See The Unseen"
- 16 Pasukan Akan Berentap Di Kejohanan Akhir PUBG Mobile Cup Open 2019
- Buletin Gajet: APEX Legend & PUBG Lite, Xiaomi Mi9 48MP, Smartphone Vivo Baru?