Samsung Mula Hasilkan Storan Pantas UFS 3.1 Secara Pukal

Gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung hari ini baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mula menghasilkan komponen storan berasaskan UFS 3.1 secara pukal tidak lama lagi.

Dengan storan UFS 3.1, ia 3 kali ganda lebih pantas dari UFS 3.0 yang terdapat pada kebanyakan peranti flagship sekarang di pasaran. Dengan teknologi storan yang lebih pantas, ia memberi manfaat yang banyak terutamanya dari segi prestasi permainan, dan juga akses fail bersaiz besar 4K dan juga 8K.

Dari segi kepantasan, UFS 3.1 berkelajuan 1,200MB/s iaitu 2 kali ganda lebih pantas dari storan SATA SSD pada komputer. Ia juga 10 kali ganda lebih laju dari bacaan kad microSD. Teknologi ini juga dapat digunakan pada komputer riba seperti ultrabook selain digunakan dalam peranti pintar.

Sumber: Samsung