Samsung Merajai Pasaran Telefon Pintar Asia Tenggara

IDC, sebuah firma kajiselidik pasaran peranti telah mengeluarkan laporan tahunan berkenaan pasaran Asia Tenggara bagi kalendar 2017. Laporan ini melibatkan negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan juga Vietnam.

Carta memperlihatkan pegangan pasaran Asia Tenggara bagi lima syarikat pengeluar telefon pintar dan lebih dari 100 juta unit telefon pintar telah dipasarkan di rantau ini sepanjang 2017 berlangsung.



Berdasarkan kajian yang dibuat, Samsung berada ditangga teratas dengan pegangan sebanyak 29.1%, hampir satu kali ganda meninggalkan OPPO (17%), vivo (7.2%), Huawei (5.4%) serta Apple (4.4%).

Sungguhpun berada ditangga ketiga, vivo merekodkan pertambahan tahunan paling tinggi dengan 118.2% diikuti dengan OPPO (29.3%) dan juga Samsung (25.8%).

Segmen bajet dan pertengahan dilaporkan antara yang terbesar dipasaran dengan pegangan 37% dan 27% dan Samsung siri J antara model popular pembeli rantau ini.

Kajian turut menyatakan pengguna mula beralih kepada layar skrin yang lebih besar dan jenama terkemuka.

Sumber: Malaysian Wireless