Samsung Menyatakan Telah Menjual 1 Juta Unit Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold merupakan peranti boleh lipat pertama dalam dunia telefon pintar. Di sebalik inovasi yang paling dinantikan selama ini, ia juga sebuah peranti yang agak kontroversi.



Dalam sebuah acara di Berlin baru-baru ini, Presiden Samsung Electronics Young Sohn telah menyatakan bahawa setakat ini, Samsung Galaxy Fold telah dijual sebanyak 1 juta unit.

Menurut beliau lagi, Samsung telah mencapai keuntungan hampir $2 billion hasil penjualan Samsung Galaxy Fold sejak September lalu.



Jika dilihat, para pengguna amat tertarik dengan rekaan boleh lipat ini walaupun harganya mencecah RM 8,388. Ia juga menunjukkan pasaran bagi peranti boleh lipat agak positif dan boleh diterima walaupun pelbagai kontrovesi melanda.

Terdahulu, Samsung Galaxy Fold telah dilancarkan pada April lalu sebelum dibatalkan pengeluarannya kerana mempunyai beberapa masalah fizikal peranti. Ia dilancarkan semula pada September yang lalu dengan beberapa penambahbaikan dan ternyata ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Sumber : Phonearena