Samsung Menyatakan, Setiap Minggu Anda Patut Mengimbas Televisyen Pintar Anda Supaya Bebas Dari Virus

Samsung menyediakan video panduan kepada pengguna televisyen pintar mereka.


Samsung dalam ciapan di laman Twitter rasmi mereka beberapa hari lalu telah menasihatkan kepada para pengguna televisyen pintar mereka supaya mengimbas televisyen tersebut pada setiap minggu.

Ini adalah bagi memastikan supaya televisyen pintar tersebut bebas daripada perisian hasad. Dalam ciapan tersebut turut disertakan bersama video panduan ringkas cara mengimbas televisyen pintar Samsung.

Kapsyen: Walaubagaimanapun ciapan tersebut telah dibuang oleh Samsung. Mungkin ia memberikan gambaran negatif terhadap produk mereka kepada pengguna. Kredit: Hot Hardware


Sama ada pengguna sedar atau tidak, televisyen pintar Samsung dilengkapi dengan perisian anti virus terbina dalam yang diperkenalkan mereka bagi meningkatkan lagi ciri keselamatan televisyen pintar.

Samsung ada menyebut tentang perkara ini pada tahun 2017 dahulu di laman berita Samsung. mereka ada menerangkan bahawa terdapat 3 tahap ciri keselamatan yang ada pada televisyen pintar mereka iaitu tahap Platfom, tahap Aplikasi dan tahap Perkakasan.

Kapsyen: Kredit: Samsung


Apa yang menarik perhatian pada tahap Aplikasi adalah, Samsung telah memasang perisian anti virus "McAfee Security for TV" ke dalam televisyen pintar mereka sebagai salah satu ciri keselamatan pada sistem televisyen tersebut.

Ia adalah sebagai langkah perlindungan bagi memastikan televisyen pintar mereka bebas daripada perisian hasad.

Jadi, sekiranya anda memiliki televisyen pintar Samsung, bolehlah mula mengimbas televisyen tersebut sekiranya sejak dibeli, anda tidak pernah melaksanakan sebarang proses imbasan.

Cara mengimbas televisyen pintar Samsung adalah aktifkan menu dari alat kawalan, arahkan ke General > System Manager > Smart Security dan pilih "Scan".

Untuk panduan lebih jelas, anda boleh layari laman rasmi Samsung - Scan your TV to prevent malware

Sumber: Business Insider