Komputer riba terbaru Samsung yang menggabungkan prestasi, kuasa dan gaya.
Samsung Elektornik hari ini telah mengumumkan kehadiran 2 buah komputer riba terbaru Notebook 7 dan Notebook 7 Force.
Samsung menyatakan bahawa rekaan bagi kedua-dua model komputer riba ini direka berdasarkan rekaan tersendiri dari Samsung yang dikenali “solidity”.
Bagi model Notebook 7 , ia didatangkan dengan 2model pilihan iaitu 13" dan 15". Ia dilengkapi dengan paparan berdefinisi penuh (FHD, 1920×1080) dan kuasa grafiknya dikuasakan oleh cip Intel UHD Graphics.
Kuasa pemprosesannya pula dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Generasi Ke-8, storan pantas SSD (NVMe) berkapasiti sehingga 512GB serta menyokong kapasiti RAM sehingga 16GB.
Manakala bagi model Notebook 7 Force pula, ia masih menggunakan cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-8 yang sama seperti model Notebook 7 . Tetapi ia dilengkapi dengan cip grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 yang lebih berkuasa, serta menyokong kapasiti RAM sehingga 24GB.
Notebook 7 dan Notebook 7 Force juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos serta pengimbas cap jari yang terletak di atas papan kekunci.
Komputer riba terbaru samsung ini akan mula berada dipasaran Korea dan Hong Kong dahulu dalam masa terdekat ini. Ia kemudiannya akan disusuli oleh pasaran A.S dan Brazil pada tahun ini juga.
Walaubagaimanapun Samsung tidak pula menyatakan harga jualan bagi Notebook 7 dan Notebook 7 Force.
Berkaitan
- Sertai Kempen “Go vivo Go Raya” Dan Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM70,000
- vivo V21 Series Akan Dilancarkan Pada 27 April Ini
- Pengguna Telefon Pintar Samsung Mula Terima Kemas Kini Pertama Bagi Tahun 2023
- IBM Dilapor Rancang Gantikan 7,800 Pekerjaan Dengan AI
- Motorola Razr Hanya Mampu Bertahan Sehingga 27 Ribu Kali Lipatan
- OnePlus 7T Akan Tersedia Dilengkapi Dengan Sistem Android 10
- NVIDIA Umum Barisan Komputer Riba Yang Akan Dikuasakan Dari Siri GeForce RTX 40
- Samsung Lancar Perkhidmatan Kad Kredit Di India
- DNB Peroleh Kontrak Berjumlah RM7.8 Bilion, 3% Darinya Secara Rundingan Terus - Menteri
- Pelayar Firefox 73 Akan Dilengkapi Tetapan Ciri Zoom