Samsung Mengeluarkan Video Berkenaan Acara Mereka Pada 23 Ogos

Seminggu lagi untuk Samsung mengadakan acara mereka pada 23 Ogos dan mereka telah mengeluarkan video berdurasi 30 saat yang serba sedikit memberi petunjuk mengenai peranti Note 8 mereka.

Video bertajuk "Do bigger things" itu membayangkan tema mengenai acara itu dan menyamai apa yang mereka buat untuk Galaxy S8 mereka cuma tambahan S-Pen mereka yang ikonik dengan siri Galaxy Note 8.

https://youtu.be/dIJ45mImgqc

Khabar angin sebelum ini mengatakan yang peranti Galaxy Note 8 itu akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 835 atau Exynos 8895 dan menampilkan paparan Infinity Display.