Samsung Mengejek Apple Dalam Perjalanan 10 Tahun iPhone Di Dalam Iklan Mereka

Samsung, pembuat telefon pintar dari Korea Selatan yang seringkali dilihat sebagai pesaing utama kepada Apple Inc. telah mengeluarkan sebuah iklan yang 'mengejek' perjalanan 10 tahun peranti Apple, iPhone.

Video iklan yang bertajuk "Samsung Galaxy: Growing Up" itu menunjukkan seorang lelaki yang telah menjadi pengguna tetap iPhone dari keluaran pertama peranti tersebut dari tahun 2007.

Sementara rakan-rakan lelaki tersebut menggunakan peranti Samsung yang menampakkan kelebihan fungsi peranti Samsung yang lebih hebat berbanding iPhone.

https://youtu.be/R59TevgzN3k

Pada akhir sekali, lelaki tersebut membuat keputusan untuk beralih menggunakan peranti Samsung dan kemudian diingatkan tentang dirinya yang lampau apabila melalui barisan orang yang sedang beratur di hadapan kedai Apple.

Iklan ini merupakan salah satu dari beberapa iklan Samsung yang 'mengutuk' Apple dan produknya dalam satu siri berbalas 'kutukan' antara Apple dan Samsung.