Samsung Mengacah Peranti Boleh Lipat Dengan Rekaan Baharu

Samsung sebelum ini telah melancarkan Galaxy Fold dan telah dijual secara rasmi. Setakat ini untuk peranti boleh lipat, hanya Galaxy Fold sahaja yang boleh dibeli bergantung kepada kewangan anda. Peranti boleh lipat Samsung tidak terhenti pada Galaxy Fold sahaja, malah Samsung sedang menyiapkan lebih banyak lagi peranti boleh lipat untuk masa akan datang.

Pada Samsung Developer Conference (SDC19) hari ini, Samsung telah mengacah sebuah peranti boleh lipat dengan reka bentuk baharu yang lain dari Galaxy Fold. Skrin memanjang ke bawah tersebut boleh dilipat menjadi kecil seperti dompet. Rekaan ini berbeza dari mekanisme Galaxy Fold yang melipat dari sebuah tablet.

https://www.youtube.com/watch?v=AZDl_SP-w9E

Tiada spesifikasi lain yang diperkatakan melainkan reka bentuk boleh lipat tersebut. Peranti boleh lipat merupakan teknologi baharu yang cuba diketengahkan oleh Samsung. Pada tahun 2020, kita bakal melihat dengan lebih banyak lagi peranti dengan kemampuan sebegini.